Kaedah Rawatan Kesuburan Mengikut Formula HTI P 2000
Satu Menemuan Baru Merawat Kemandulan Cara Homeopathy
Oleh Prof Dr Nik Omar, Pengarah
Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia,
Pasir Mas, Kelantan.
September 30, 2008
Kaedah Rawatan Kesuburan HTI P 2000Rawatan KemadulanInfertiliti,
Infertilitas, Infertility,
Kaedah Mendapat Anak Cara Homeopathy
Formula Mendapat Cahaya Mata
Hasil Penyelidikan: Prof Dr Nik Omar, Prof Mohd Nasir Zain, Prof Che Musa, H/Dr Hajjah Faridah & H/Dr Hajjah Zaharah
Prosedur Rawatan Mengikut
Modul1 : Kami memerlukan kehadiran suami isteri untuk memulakan rawatan.
Rawatan hendaklah di Pusat Perubatan kami, sama ada di Hospital Homeopathy Nik Omar Pasir Mas, Kelantan atau Pusat Perubatan Homeopathy di Kampong Baru, Kuala Lumpur atau cawangan kami Kb, Bangi Sek 9, atau Damansara Utama.
Mengambil Kes: Kami akan mengambil kes dengan menitik beratkan sejarah kesihatan, sejarah keluarga, latar belakang perkahwinan dan lain-lain.Jika ada surat-surat rujukan dari mana-mana pusat perubatan atau hospital, sila bawa bersama untuk memudahkan rawatan kami.
Modul 2 : Biasanya kami akan mengambil kes isteri terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh kes suami.
Rawatan Untuk Isteri: Kami akan bertanya dalam soal putaran haid, masalah rahim, masalah emosi, sejarah perkahwinan, hubungan suami isteri, sejarah keguguran atau sejarah kehamilan, masalah fibroid (jika ada) dan sebagainya.Setelah semua gejala-gejala penyakit sudah jelas, kami akan memberi remedi homeopati yang paling serasi dengan masalah yang dihidapi.
Ubat homeopati biasanya kami beri selama setiap 2 minggu atau 4 minggu sekali.
Nota Jangan khuatir rawatan homeopati kami tidak melibatkan sebarang pembedahan atau prosedur ujikaji-ujikaji yang menyakitkan atau membosankan.
Modul 3: Rawatan Kesuburan Lelaki :Kami akan meneliti kes kesuburan lelaki dengan bertanyakan beberapa soalan berhubungan dengan kejantanan, ketahanan, kematangan, keadaan benih atau sperma sama ada pekat atau cair, morbiliti, mortiliti, dan lain-lain hal.
Nota Doktor Lelaki akan memeriksa testes atau kedudukan 'telur' atau 'batu pelir' sama ada cukup saiz, besar, medium atau kecil. Jika perlu ujian jumlah sperma akan dilakukan dimakmal kami.
Selesai mengambil kes, kami akan memberi satu atau dua remedi homeopati yang paling sesuai untuk masalah kesihatan lelaki, khususnya memberi sedikit rangsangan untuk kuatkan zakar,terutamanya memberi remedi utama bagi pernambahan jumlah sperma, kematangan sperma, tambah tenaga morbiliti serta mortiliti sperma, untuk tahan lama sedikit dari biasa dan untuk menambah jumlah sperma.
Jika didapati suami menghidapi sejenis penyakit "azoospermia' atau tidak ada benih, kami akan ikhtiar untuk mengatasinya dengan memberi ubat atau ubat-ubat untuk membantu menghidupkan kilang 'testes' yang tidak upaya mengeluarkan benih hidup.
Seandainya suami disahkan oleh mana-mana Pusat Perubatan lain sebagai 'Low Sperm Counts', maka akan akan ikhtiar mencari beberapa ubat homeopati yang paling serasi untuk menambahkan jumlah sperma, mematangkan sperma, meningkatkan mobiliti dan juga mortaliti.
Sekiranya gagal, kami akan nasihat supaya menjalani rawatan dimana-mana hospital kerajaan.
Nota: Biasanya untuk isteri kami akan memberi ubat homeopati untuk kesuburan wanita dan untuk suami kami akan berikan ubat homeopati untuk kesuburan lelaki.Kami galakkan kedua-kedua pasangan suami isteri menjalankan rawatan, agar cepat memberikan hasil atau memperolehi zuriat.
Motto Kami: Kami Ikhtiar, Tuhan Menyembuhkan
Beberapa Soalan berhubung dengan Rawatan Infertiliti yang kami jalankan
Soalan: Tahun yang keberapakah sesuai untuk kami berubat ?
Jika anda kahwin melebihi 1 hingga 2 tahun, tapi masih belum dikurniakan anak, elok dimulakan rawatan ini.
Soalan: Siapa yang harus berubat, suami atau isteri ?
Seelok-eloknya kedua suami dan isteri. tetapi kalau suami merasakan 'dia' elok dan sperma cukup sihat. Maka isteri boleh memulakan rawatan terlebih dahulu.
Soalan: Berapa lama rawatan tuan jalankan untuk melihat kejayaan
Biasanya rawatan ini berjalan selama 8 hingga 12 bulan atau sehingga hamil. Jika rezeki ada pada puan, kemungkinan puan boleh hamil seawal satu bulan, dua bulan atau tiga bulan selepas memakan ubat-ubat kami. Itu rezeki puan, kami hanya berikhtiar dan berdoa. Selebihnya Allah akan menentu rezeki anda.
Biasanya Siapa Yang Mandul ?
Tidak tentu, ada isteri dan ada suami. Tetapi kami bukan labelkan tuan puan sebagai mandul. Cuba istilah Melayu sahaja memakai perkataan mandul untuk orang-orang yang lambat 'melekat'
soalan: Saya dan suami saya dianggap 'normal' dan tidak ada masalah, kenapa sampai kini, sudah 6 tahun kami masih belum dikurniakan anak ?
Itulah dinamakan rezeki, orang macam inilah yang kami hendak tulong mengikut kaedah rawatan kami.
Soalan: Saya dah berumur 40 tahun. Kahwin dah masuk 17 tahun, tetapi masih belum ada anak. Sekarang doktor kata pulak saya tidak boleh lagi hamil, kerana sudah tua , katanya risiko banyak, pada hal saya belum ada anak.
Apakah homeopati boleh berubat ?
Ketepikan soal risiko terlebih dahulu, datanglah dan cubalah dahulu rawatan kami, mana tahu rezeki puan ada di Kg Baru, KL atau di Golden Sand ( Pasir Mas) atau di Bangi atau Damansara
Satu kes berjaya kami rawat setelah berkahwin selama 17 tahun, ibu sudah berusia 41 tahun. Kini setelah berubat dengan kaedah HTI P2000 ibu ini sudah berjaya mendapat anak !! Anak pula sihat walafiat .
Ada satu kes lagi di Melaka, dimana ibunya berusia mencecah usia 50 tahun dan hampir putus haid. Mereka berikhtiar sejak mula-mula kahwin tetapi rezeki 'belum ada'. Mereka mencuba dengan kami selama hampir 2 tahun rawatan, akhirnya dapat anak perempuan dalam usia suaminya 55 tahun.Suaminya datang membawa anak perempuan comel-lotee,berusia 41 hari dan suaminya menyatakan kepada saya," Doc akhirnya saya dapat juga anak ini, hadiah pencen saya...." MasyaAllah !!
Kita berusaha, selebihnya berdoalah kepada Illahi.Soalan:
Mahal Tak Berubat dengan Homeopati ini
Tidak mahal, biasa sahaja. Cuba telipon tanya di talian KL 019-229 4556 ( Dr ShAFIQA), Pasir Mas 09-7976948(Dr Zaharah) atau Prof Dr Nik Omar 018-2888 379
Dah berapa orang berjaya dirawatan melalui HTI ini ?
Sejak tahun 1975 hingga tahun September 2004 lebih dari 3000 pasangan telah pun berjaya dirawat dan mendapat anak melalui rawatan ini. Anak homeopati pula, comel-comel belaka.Lihat rekok kejayaan dalam laman web kami:-http://www.geocities.com/infertility_my atau lihat gambar anak-anak homeopati Dalam Majalah Perempuan: Disember 1993 ada 6 gambar anak-anak yang berjaya dirawat melalui kaedah ini, kesemuanya cute-cute belaka.
Soalan: Kami sudah menjalani 10 kali ujian IUI di hospital lain, kenapa masih belum berjaya untuk melekat ?
Itulah masalahnya dalam pengajian perubatan lain, mereka asyik memasukkan benih suami kedalam rahim isteri secara paksa @ I.U.I. tanpa memikirkan apakah rahim si-isteri betul-betul sudah bersedia untuk menerima benih lelaki @ suami.
10 atau 20 kali buat IUI akan merugikan masa dan wang ringgit kerana rahim isteri masih belum sedia untuk menerima sperma lelaki.
Dalam kajian teknik rawatan HTI yang kami lakukan, kami akan memberi ubat-ubat homeopati yang sesuai kepada isteri supaya semua perkakas peranakan si-isteri diperbetulkan agar rahim isteri betul-betul bersedia untuk menerima kedatangan sperma suaminya.
Dalam erti lain, kami akan memberi ubat homeopati kepada isteri untuk membersih, mensucikan rahim atau istilah mekanik kita katakan, kita buat alliagment, balancing, agar rahim suci dari sebarang asam, cuka, fungus, bakteria, virus, gatal-gatal, allergik dan sebagainya.
Bila rahim sudah bersedia dan sperma suami dalam keadaan tip-top, maka senanglah untuk isteri hamil. Wallahhualam, kita hanya ikhtiar, selebihnya Allah SWT yang menentukannya.
Saya berada jauh, apakah tuan boleh hantar ubat ?
Sekiranya tuan /puan berada juah dari Kuala Lumpur atau Pasir Mas dan tidak kesemptan untuk datang ke kelinik kami. Tuan/puan boleh mencuba dahulu dengan memakan ubat melalui pos atau 'Rawatan Konsultasi Melalui Maya / Cyber. Sudah ramai orang berjaya mendapat anak melalui kaedah ini. Mana tahu rezeki tuan/puan hanya melalui rawatan secara cyber. Namun berjumpa doktor pakar sendiri lebih baik. Call Dr Nik 018-2888 379
atau pembantu beliau 019-229 4556
No comments:
Post a Comment