Monday, October 13, 2008

Bekam Sunnah Rasulullah, Bekam Perubatan Nabi


Kenapa bekam

sistem perubatan yang ada pada hari ini ala moden dan kebaratan semenagnya telah sekian lama menjadi pilihan masyarakat masa kini. Oleh itu sistem perubatan Islam yang diperkenalkan oleh Nabi kita Muhammad saw iaitu Tibb Al Nabawi telah sekian lama pula tersisih malah terhakis oleh keasyikan masyarakat muslim terhadap sistem perubatan barat yang dipuja sebagai perubatan ultra moden yang serba canggih dan sofisikatet.

Perubatan Islam dianggap kolot dan ketinggalan zaman oleh massyarakat Islam sendiri.

Atas kesedaran betapa penting umat Islam seharusnya mengetahui dan mendokong ketuanan Islam, maka satu kumpulan para doktor Islam yang dipelupori oleh Prof Dr Nik Omar, Nik Fairuz, Nik Badrul, Dr Hajjah Faridah, Dr Hajjah Zaharah, Syafiqa, Puteri Nubaiah telah menilai, merangka dan menyusun semula salah satu cabang perubatan Islam yang suatu ketika dahulu dianggap paling berjaya dan didukongn sepenuhnya oleh Nabi kita Muahmmad saw .

Kami di JPPM, Fakutli Perubatan Hoimeopathy Malaysia di Gelang Mas, Pasir Mas Kelantan telah mula merintis jalan dengan mengada, promosi dan mengembangkan sistem perubatan Nabi ini ( bekam) agar ianya dapat dinilai dan dipraktik kembali oleh jenerasi baru dunia Islam agar Perubatan Nabi ini dapat membuktikan kepada umaat Islam masa kini dan juga dunia barat bahawa bekam pada zaman dahulu telah berjaya menjadi salah satu teras perubatan dizaman Nabi, maka kenapa bekam tidak dapat membukti keunggulannnya dimasa kini.

Kalau dizaman nabi ianya unggul dan cermerlang , maka dizaman kini jua bekam pasti mampu menjadi perubatan yang unggul dan berjaya. Islam dahulu dan Islam kini adalah Islam yang sama. yang menjadi masalahnya kita ummat muslimin sendiri yang menginkiri dan meninggallkan syariaat dalam mengejar citi-cita duniawi.

Kita meninggalkan perubatan Islam dalam mengejar perubatan barat. Kalau dizama nabi perubatan bekam menjadi amalan para sahabat dan dizaman keagungan Islam, maka saya cukup yakin bahawa perubatan ini terbukti masih berjaya untuk menwarnai sistem perubatan yang sedia ada sebagai perubatan yang unggul dan mampu menjamin kecemerlangan genarsi islam di dunia dan akhirat.

Keagungan bekam bukan sahaja dizaman nabi atau dizaman para sahabat, dizama para klaifah, dizama kini dan dizaman akan datang. Selagi panji-panji Islam berkibar megah diangakasa raya, maka perubatan Bekam tetap mejadi sunnah Rasulklulah saw yang unggul dan tidak mungkin dirobek-robekkan.

No comments: