Monday, October 13, 2008

Posisi Bekam Yang Betul


Posisi Bekam

Sebelum Bekam

Tanya setiap pesakit jika mereka mahu ke tandas sebelum melakukan bekam

Pilihlah Posisi Yang Sesuai

Pilehlah satu posisi yang sesuai dan munasah untuk melakukan bekam.

Baring

Umpamanya jika mahu dibekam dibahagian belakang , lebih sesuai pesakit disuruh baring meniarap.

Jika mahu bekam dibahagian depan, sesuai dibaringkan pesakit melentang seprti tidur.

Meniarap atau Duduk

Jika ingin bekam dikepala, amat sesuai dibekam secara duduk. Tetapi jika dikhuatiri pesakit terjatuh atau pitam, lebih selamat dibaring pesakit secara menirap sahaja.

Ada baiknya ditanya pesakit, posisi mana yang lebih sesuai dan selesa.

Berilah pilihan kepada pesakit sama ada ingin dibekam secara duduk atau baring.

Jangan Bergerak Waktu Bekam

Sebaik sahaja melakukan bekam, arahkan pesakit supaya jangan bergerak dan banyak berzikir atau selawat nabi secara pelahan-lahan sepanjang berbekam.

Jika bergerak dikhuatiri mangkok bekam akan terjatuh
Jangan bercakap sewaktu berbekam
Bertenaglah sepanjang berbekam

No comments: