Friday, April 3, 2009

Lapuran Dari Meja Setiausaha Agong Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia

Di Sampaikan Oleh Prof Mohd Nasir bin YB Mohd Zain Abdullah

Lapuran Tahunan Sessi 2005 - 2006

1. Senarai ahli-ahli MRHP yang aktif
2. Mesyuarat AJK MRHP Pusat
3. Seminar Perubatan Homeopathy Di Dalam Negara
* Satu Seminar Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di kampus Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia di Gelang Mas, kelantan atas tajuk: Kaedah Kesuburan, Kenapa dan Mangapa. Kira-kira 60 orang hadir.
4. Kongres Homeopathy Luar Negara
Bulan Febuary satu seminar homeopathy antarabangsa diadakan di Agra, 2 orang wakil Malaysia hadir iaitu Prof Dr Nik Omar dan Dr hajjah Zaharah Loman.
Prof Dr Nik Omar dilantik sebagai pengerusi Majlis. Kira-kira 120 orang hadir termasuk wakil dari Italy, France dan UK.
5. Pada 14 -15 April 2006 Satu Kongres Liga Homeopathy Asia diadakan di Dakka, Bangladesh, Malaysia menghantar 2 orang wakil iaitu Prof Dr Nik Omar dan Dr Nik Fairuz Hakim.

6. Pada 7 feb 2006 satu mesyuarat Jawankuasa Teknikal Draft Garis Panduan Pendaftaran Ubat / Produk Homeopati, Unit TCM, Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan di Petaling Jaya.
Secara rasminya 2 orang wakil dari Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar di jemput dalam mesyuarat kali ini. Turut serta ialah wakil Homeopathy Farmsi iaitu H/Dr Kalthom Che Teh, Dr Tajuddin Baba ( Wakil FAHOM), Dr Zaiton Husiin dan Dr T.M. Shafie turut hadir.

Hasil dari Mesyuarat tersebut diputuskan:- 3 bentuk ubat homeopati dikecualikan dari pendaftaran, antaranya
  1. Mother Tincture, Single Ingredient
  2. Homeopathic Dilution , Single Ingredient
  3. Ubat-Ubat yang disediakan sendri oleh Pengamal Homeopati yang digunakan nterus kepada pesakit..

Inilah pembuktian perjuangan Persatuan MRHP untuk ahli-ahli homeopati Malaysia.

7. Taklimat dan Dialog Oleh Jabatan Farmasi Negeri Kelantan Tentang Pendafatran Ubat /Produk Homeopathy pada 7 Ogos 2006 di Kolej Jururawat, Kubang Kerian.

AJK Agong MRHP Pusat, Ahli Majlis Fakulti Homeopathy Malaysia seramai 10 orang telah hadir untuk mendengar, membahas tetang pendaftaran ubat-ubat homeopati.

Pihak KKM telah diwakili Pengarah Kesihatan Negeri, Sementara Pendafatran Keluaran Ubat diwakili oleh Puan Hjh Esah Abd Rahman dan Ketua Unit TCM KKM Puan Saleha Mat Ewan.

Antara ucapan Pn Siti Aida Abdullah dari Unit Farmasi bercakap dari sudut undang-undang yang perlu dipatohi oleh ahli-ahli homeopati, antaranya " Akta Ubat/Iklan 1956" dan " Akta Racun 1952"

Pada Taklimat tresebut phak TCM BKFK merakan ucapana penghargaan kepada Prof Dr Nik Omar bin Haji Nik daud dan Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia kerana telah membantu mereka melatih ahli BKFK yang dihantar ke Fakulti untuk menpelajari cara-cara membuat dan memproses ubat-ubat homeopati untuk digunakan oleh ahli-ahli.

8. Pasukan Sukarelawan Malaysia telah dihantar ke Kemboja untuk memberi Khidmat baki pada 6 - 12 Jan 2006 di Siem Reap Kemboja.

9. Lawatan Unit Bahagian Pengajian TCM Homeopati telah membuat lawatan ke kampus FAHOM Cawangan Kuala Lumpur dan dua pegawai TCM KKM telah bertukar-tukar pendapat dengan Prof Dr Nik Omar tentang cara-cara untuk membentuk prestasi homeopati di Malaysia.

10. Lapuran Media Massa, RTM, TV 9, TV 3 telah membuat beberapa siri pengenalan tentang perubatan homeopati dalam TV Malaysia. Pada tahun ini juga Akhbar Sinar harian dalam penerbitan Sulongnya telahg membuat liputan penuh dua muka surat Komplek Homeopathy di Gelang Mas, Kelantan. Ia telah memberi ampk yang begitu besar kepada pembaca tentang kaedah pengamalan perubatan homeopathy.

Sekian lapuran dari Meja Setiausaha Agong MRHP Pusat

Prof Dr Mohd Nasir Zain.

No comments: