Friday, November 11, 2011

Berjaya Dapat Anak Dengan Rawatan Homeopathy Dr Nik Omar




Berjaya Mendapat Anak melalui Kaedah Homeopathy

Assalamualaikum.
Buat Dr Nik dan Dr Faridah,saya dan suami ( S & K) merupakan pesakit doktor yang memulakan rawatan kesuburan di klinik doktor pada tahun 2006. Pada tahun tersebut juga saya akhirnya mengandung tetapi ketika kandungan saya berusia 16 mgu,saya keguguran. Kemudian saya teruskan dengan pengambilan ubat seperti biasa,dan selepas 3 bulan saya mengandung kali kedua. Sekali lagi ketika kandungan saya berusia 12, saya keguguran.

Selepas berehat selama setahun, kami suami isteri memulakan semula rawatan dengan ubat doktor dan akhirnye saya mengandung untuk kali ketiga.
Disebabkan saya pernah keguguran sebanyak 2 kali jadi untuk kandungan yang ketiga saya terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital berdekatan di mana kandungan saya perlu dipantau setiap bulan.Akhirnya selepas 9 bulan saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.77kg pada 18.1.2009.

Saya dan suami sangat2 berterima kasih dengan doktor suami isteri, kerana doktor pakar sendiri telah sarankan saya supaya melakukan IVF kerana peratus untuk saya mengandung hampir tiada. Tetapi akhirnya dengan izin Allah s.w.t dan keberkesanan ubat dari klinik doktor saya berhasil mengandung. Di sini saya sertakan gambar anak perempuan kami. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih dan saya juga telah syorkan klinik doktor pada kawan2 saya mempunyai masalah yang sama. Semoga dimurahkan rezeki doktor suami isteri.

Jawapan:

Tahniah dan terima kasih kembali, Kami hanyalah sekadar Ikhtiar, Allah yang memberi rezeki kepada anda.
Untuk mendapat aanak kedua, saya masih bersedia untuk membantu anda, sila lah datang bila-bila masa.

Jangan Lupa laman ini untuk rujukan tuan/puan nanti:

http://www.homeopathymalaysia.org.my

No comments: