Friday, November 11, 2011

Pasukan Sukarelawan Homeopathy Malaysia


Homeopathy Hantar Pasukan Bantuan Ke Thailand

Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia
Kg Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.


Mangsa banjir Di Selatan Thailand Terima Bantuan Perubatn Percuma

Kota Bharu: 16 Dis, - Lebih 500 orang mangsa banjir dari empat buah perkampungan di selatan Thailand telah menerima bantuan perubatan percuma dari badan-badan tertentu negara ini atas dasar perikemanusiaan dan semangat muhibah.

Bantuan tersebut yang meliputi tiga daerah - Narathiwat, Pattani dan Yala telah diberi kepada mereka dalam bentuk rawatan oleh Persatuan Pengamal Perubatan Homoepathy Berdaftar Malaysia (MRHP) dengan kerjasama Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) Kuala Lumpur.

Presiden MRHP, Doktor (H) Nik Omar Nik Daud memberitahu hari ini, serombongan terdiri dari empat orang pengamal-pengamal homoepathy Malaysia iaitu H/Dr Mohammad Ali Hamzah, Dr hajjah Faridah bt Awang Hamat dan Nik Mat Kamil Nik Daud telah memulakan perkhidmatan sukarela itu untuk kali pertama mulai 8 hingga 13 Disember kelmarin di daerah yang teruk dilanda banjir November baru lalu.

Katanya bantuan perubatan itu dilakukan di bawah program bersama MRHP dengan PWTC Kuala Lumpur baik dari segi pembekalan perubatan dan lain-lain kemudahan dan termasuk juga kerjasama pihak berkuasa Thailand.

"Saya menghargai atas kerjasama yang diberi oleh pihak berkuasa Thai terutama Gabenor Yala, Encik Anukul Supachaikij yang membekalkan kenderaan kepada rombongan kami untuk ke tempat-tempat bantuan rawatan itu diberi," ujar Dr Nik Omar selaku ketua rombongan.
Tiga lagi pengamal perubatan homoeopathy Malaysia yang turut serta dalam rombongan itu ialah Encik Mohd Nasir Mohd Zain, Encik Musa Mohamad Dan Encik Mohd Yamin Daud.

Menurut Doktor (H) Nik Omar, satu rombongan lagi terdiri dari 8 orang termasuk perawat wanita dari Persatuan MRHP di bawah program PWTC akan berlepas hari ini ke Daerah Nakon Si Thamarat, kawasan yang paling teruk dilanda banjir dimana 700 orang telah disahkan mati dan lebih 300 lagi hilang masih berlum dapat dikesan hingga kini.

Petikan: Utusan Malaysia (17 December 1988)

No comments: