Sunday, November 4, 2007

Wakil Kemeterian Kesihatan Lawat Homeopathy



Lawatan Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur.

Pasir Mas : 7 Mei 2002 - Satu rombongan terdiri dari 40 orang wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur dan 60 orang ahli-ahli serta pensyarah Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia telah melawat serta meninjau perkembangan mutakhir pembinaan kampus baru FAHOM di Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan. Kampus seluas 10 ekar dan dijangka menelan belanja RM 3.7 juta ini dijangka akan siap sepenuhnya dan akan beroperasi 100 % pada Januari 2003. Bila siap nnanti ianya mungkin merupakan satu-satu kolej homeopati yang terbesar di Malaysia dengan mempunyai fasiliti yang lengkap seperti pusat pengajian, hospital, bilik makmal, pusat penyelidikan, wad, chalet, kolam ikan, pusat riadah, dll. Latihan praktikal boleh dilakukan disini sepanjang 24 jam sehari.

Taklimat diberikan oleh Prof Dr Nik Omar selaku, Pengarah FAHOM merangkap Pengarah Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar dan Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Malaysia -MRHP Pusat.


Sebelah petangnya Timbalan Ketua Pengarah Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketua oleh Dr Hajjah Sapura telah merasmikan Dewan Kuliah Baru FAHOM dengan melakukan upcara memotong ribon merah. Dewan baru ini boleh memuat 200 orang serentak.

Selepas perasmian dewan kuliah baru, semua hadirin menjamu selera BBQ ala kampong di Taman D'Village, FAHOM.

Pihak Majlis Homeopathy Malaysia, Fakulti Homeopathy, serta semua ahli-ahli homeopati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin kerana sudi mencemarkan kaki ke kampus baru, Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia di Pasir Mas, Kelantan. Ini sekali gus menunjukkan tanggun-jawab dan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap Homeopati kita dan sekali gus memberi semangat baru kepada ahli-ahli gabungan homeopati di Malaysia bahawa homeopati kita juga mempunyai sebuah kolej yang bertaraf universiti yang setanding dengan universiti lain didunia. Kita mahu membuang anggapan sesetangah pihak bahawa kolej-kolej homeopati hanya dijalankan di restoran-restoran atau dihotel-hotel tertentu sahaja.

Kedatangan wakil KKM hanya mahu lihat benarkah seperti yang dilaung-laungkan bahawa homeopati mempunyai kolej dan hospital latihannya sendiri ? Dengan pembuktian yang jelas, kini mereka yakin bahawa kita memang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk mengembangkan homeopati di Malaysia.

Diantara wakil-wakil Jabatan yang hadir pada hari tersebut ialah:

1. Dr Hajjah Sapura, Wakil Pembangunan Kesihatan Keluarga,, Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Prof Dr Syed Wakil Dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
3. Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Universiti Malaya
5. Universiti kebangsaan Malaysia
6. Unit Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
7. Prof Dr Radzi, lawatan pribadi dari USM, Kubang Kerian
8. 5 Orang Badan payong Perubatan China
9. 5 orang wakil badan payong Perubatan India
10. 6 orang wakil dari Majlis Homeopathy Malaysia
a) Prof Mohd Hairuddin Hamid - MRHP ( President MPHM)
b) H/Dr Amir Hamzah - PHS, Melaka
c) H/Dr Ali Talib - PDHM, Kedah
d) H/Dr Engku - PDRM, Johor ( Setiausaha MPHM)
e) H/Dr Ghazali - PPHM, Kuala Lumpur
f) H/Dr Zainal Azmi - PHBM, Johor
g) H/Dr Zurharni Abd Ghani - Polycrest ( Timbalan Presiden MPHM - Tidak Hadir)
11. 5 orang wkail badan payong Perubatan Melayu - Putramas
12. 5 orang wakil badan payong dari Perubatan Komplementari

No comments: