Tuesday, September 1, 2009

H1 N1 Jangan Panik

Pasir Mas 1 hb Sept 2009

H1 N1 -Jangan Panik ! kata Prof Dr Nik Omar, Vice Presiden Liga Perubatan Homeopathy Antarabangsa ( Liga Medicorum Homeopathic Internationalis - LMHI ) disini setelah kembali dari Persidangan Homeopathy yang ke 64 di Warsaw. Poland.

Negara-negara Europah kelihatan tidak begitu ketara dan mereka tidak banyak yang berbicara tentang H1N1. Namun mereka telah mengabil langkah berjaga-jaga dan pencegahan untuk mengatasi masalah H1N1.

Media masa dinegara-negara tersebut tidak menyentuh soal H1N1.
Oleh itu negara kita juga disaran agar tidak 'melampau' dalam mengatasi masalah penyakit ini, kerana ia boleh menjejaskan imej negara kita dimata dunia.

Namun dalam keadaan yang sama, rakyat harus memberi kerjasama yang padu bagi mengatasi masalah ini dengan membuat rawatan segera jika terkena jangkitan dan mengambil insiatif bagi memastikan penyakit ini tidak merebak dengan membuat pencegahan awal.

Dapatkan khidmat nasihat dari Kementerianb Kesihatan Malaysia atau dimana-mana hospital kerajaan yang terdekat.

Menjaga kebersihan diri, mengelak tempat-tempat awam, pakai penutup muka serta jika ada ubat-ubat pencegahan, bolehlah dimakan sebelum terkena jangikitan.

"Ahli Persatuan Homeopathy di Malaysia disaran untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi masalah ini, " demekian kata Dr Nik Omar

Dapatkan maklumat dari Persatuan Pengamal Homeopathy ditalian 019-9401915 atau e mail fahom2009@hotmail.com

No comments: