Tuesday, September 1, 2009

Malaysia Menghantar 2 Wakil ke Kongres Liga Homeopathy di Warsaw, Poland 26 - 30 Ogos 2009




Warsaw, Poland 26 Ogos 2009

Tahun ini Malaysia telah menghantar 2 orang wakil ke Persidangan Liga Perubatan Homeopathy Antarabangsa yang ke 64 di Warsaw. Poland, 'kata Vice President International Homeopathic Medical League Untuk negara Malaysia, Prof Dr Nik Omar.

Kira-kira 45 buah negara menghadiri mesyuarat teknikal Perubatan Homeopathy Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Nauki di Warsawa, Poland dengan jumlah pesrta seramai 600 orang.

Dalam perbahasan tersebut Malaysia yang diwakili oleh Prof Dr Nik Omar telah mecadangkan supaya Liga Antarabangsa mengadakan seminar-seminar kecil bagi setiap negara anggota setiap tahun, agar lebih ramai orang mengenali wujudnya Liga. LHMI telah diwujudkan pada tahun 1924 dan kini ianya telah mengadakan lebih dari 64 persidangan.

Sebanyak 45 kertas kerja saintifik telah dibincangkan pada persidangan kali ini yang diadakan selama 5 hari bermula pada 26 hingga 30 Ogos 2009.

Prof Dr Nik Omar adalah Vice President LMHI bagi Negara Malaysia.























Foto: Prof Nik Omar berasama President LMHI Dr Fisher, Setiausaha Agong LMHI Dr Renzo Galazzi, Italy, Group foto wakil Malaysia Dr Nik dan Geraldine Chong serta perwakilan dari India, juga foto bersama Wakil Kedutaan Malaysia di Warsaw, en Mohamad Husin dan isteri Puan Salmiah, wakil dari Argentina dan Brazil. Sementara paling bawah President LMHI bagi Latvia




No comments: