Thursday, December 23, 2010

Apakah Perubatan Homeopathy


Bahasa Melayu

Apakah Homeopathy dan Bagimana Rawatan Homeopati Boleh Membantu Anda ?


Homeopati adalah satu sisteme perubatan alternatif atau komplementari yang lengkap. Ianya ditegakkan atas hukum alam dan hukum sains tulin. Berasal dari Germany dan dimasyurkan sebagai salah satu sistem perubatan berasaskan rawatan semulajadi atau 'natural way of healing'

Sistem perubatan ini amat popular dinegara-negara barat seperti di England, France Italy, Germany, USA, Brazil, Mexico, India dan Pakistan. Kaedah rawatan homeopati amatlah mudah, senang digunakankan, ubat-ubatnya diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, tidak ada racun dan tidak ada kesan sampingan.

Ubat-ubat homeopati bagus
digunakan dalam kes akut dan kronik.

Sekiranya sesuatu penyakit yang anda deritai tetapi tidak mauh baik-baik bila dirawat dengan berbagai cara, maka homeopati adalah satu pilihan yang cukup baik untuk dicuba.

Antara Penyakit Yang Memberi Respon Yang Baik Dengan Homeopati ialah:

Sakit urat saraf, migrin, gastrik, sebarang ketumbuhan, sakit sendi tulang, penyakit wanita seperti senguggut, fibroid, sista, haid berpanjangan, haid tidak datang, selalu keguguran, infertilti atau kemandulan, tekanan jiwa, murung, sakit jiwa dan lain-lain.

Orang Yang Takut Pada Pembedahan.

Jika ada orang-orang yang takut pada pembedahan, maka rawatan homeopati adalah pilihan terbaik.

Kanak-Kanak Dan Bayi

Kanak-kanak dan bayi amat sesuai digunakan ubat-ubat homeopati, kerana ubat-ubatnya lembut dan tidak mengandungi sebarang unsur kimia Penyakit yang sesuai antaranya ialah:

Penyakit kuning bayi ( jaundice), sarat ( telur besar sebelah), angin, kembung perut, bayi asyik menangis. Tonsil kanak-kanak

No comments: