Sunday, June 21, 2009

Pertanyaan tentang Seks Menyimpang

Assalamualaikum Prof Dr Nik Omar,
Masalah saya adalah suami saya yang suka melakukan seks menyimpang diantara nya;
a) Seks luar tabii - dubur - selalu meminta saya melakukannya, tapi saya menolak
b) Voyeirisme - tidaklah secara direct, tapi sentiasa mencari peluang
c) Exhibitionisme - matanya akan terbeliat melihat perempuan seksi2 & cuba mengekori, sakit hati saya dibuatnya.
d) Selalu berangan isteri bersetubuh dengan ramai lelaki .
e) Bermain SMS lucah dengan perempuan lain tanpa pengetahuan saya
f) Bebohong
g) Tersangat egois dan tidak menerima teguran

Suami saya berumur 51 tahun.

Perkara diatas menyebabkan saya amat kecewa dan sedih. Telah beberapa kali saya menegur perbuatan nya tetapi setiap kali ditegur suami saya akan bermasam muka dan menghindari saya. Sampai saya merasakan saya disisinya hanya sebagai pemuas nafsu nya sahaja. Saya teramat kecewa. Saya bagaikan tidak merasa kasih sayangnya lagi. Saya malu untuk mengadu pekara ini kepada keluarga dan kawan2. Mungkin orang tidak akan percaya kerana dia patut dengan agama, sentiasa mengerjakan solat dan berpuasa. Apa yang patut saya lakukan. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui apa yang saya alami.

Jawapan dari Dr Nik Omar:

memang hal begini amat sukar untuk memberi nasihat kepada puan, terutama hal ini menyankut soal seks rumah tangga. Ada baik nya puan buat lapuran kepada pejabat kadi daerah atau sesiapa yang berkenaan dengan nikah cerai. Biarlah Imam atau Kadi yang menasihati suami puan. bagi saya tidak ada apa yang dapat saya katakan, hanyalah ' bersabar' satu ujian untuk puan.

Saya ada ubat homeopati, tapi bukan untuk puan makan, tetapi untuk suami puan, mungkin ada gangguan saikologi dan kita boleh atasi dengan makan ubat homeopati.

http://seks.xaper.com/

No comments: