Sunday, July 31, 2011
Puasa Dan Kesihatan
Sempena Menyambut Bulan Puasa / Ramadzan 1 Ogos 2011
PUASA DAN KESIHATAN
Syukur kepada ALlah kerana hari ini kita dapat berpuasa, esok kita puasa lagi.
Puasa tentu sekali tidak akan menjejaskan kesihatan kita kerana ALlah tidak akan memfardukan sesuatu ibadah yang merosakkan tubuh badan manusia.
ALlah Maha Mengetahui dan Maha Bijak, DIAlah yang mencipta diri manusia daripada tiada kepada ada. Kebaikan dan kemudaratan semuanya di tangan ALlah.
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. SURAH AL-HAJ ayat 5
Mari kita lihat bagaimana puasa itu memberikan kebaikan dari segi kesihatan.
Apabila seseorang sedang berpuasa , "
Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting.
Kebaikan berpuasa juga ialah....
1. memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan.
2. menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia.
3. mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok.
Untuk mendapat natijah yang baik dari segi kesihatan, anda hendaklah berpuasa mengikut sunnah Nabi Muhammad saw. Jangan makan terlalu banyak, gelojoh makan dan lain-lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment