Sunday, July 31, 2011

Resdung



Foto: Dr Nik Omar sedang memberi ceramah di Institut Aminuddin Baki, Genting.
Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia



Resdung / Sinusitis

Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakit sinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam.

Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka. Kadangkala ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.

Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.


Selain dari rawatan biasa, ubat-ubat homeopati serta rawatan akupunktur boleh membantu merawat kes -kes resdung.
Perlu diingatkan bahawa bukan mudah untuk merawat kes resdung terutama resdung yang kronik.

Anda perlu bersabar dalam merawat kes-kes begini.

Rawatan homeopati yang sesuai untuk resdung antaranya ialah:

gels., Drosera, Allium Cepa., Aconite, Merc., Hepar Sulph., Dulcamara, Sulph , ubat-ubat tersebut hendaklah dimakan mengikut gejala penyakit. Ubat homeopati tidak boleh dimakan sebarangan, ia hendaklah diberi mengikut arahan doktor homeopathy yang bertauliah.

No comments: