Thursday, July 21, 2011

Ubat Homeopati Tiada Unsur racun




Dr Nik Omar at Bruxxel, Belgium Liga Conference



Ubat Homeopathy Tiada Unsur Racun, Selamat Di Gunakan
Ubat Homeopati Tiada Unsur Racun

Oleh Tuan Asri Tuan Hussein - Harian Metro 12 sept.1999

Perubatan Homeopati menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa.

Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahun atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan homeopati dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa.
Presiden, Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia -MRHP, Prof Dr Nik Omar Nik Daud, berkata sejarah homeopati bermula apabila ia diasaskan oleh Dr Samuel hanemann dari Germany pada 1810.

" Jadi, perbezaan utama homeopati dengan perubatan biasa ialah homeopati tidak benggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan, " katanya.

Dr Nik Omar berkata selepas diperkenalkan, perubatan homeopati terus berkembang dengan meluas di Amerika Syarikat, Europah, Amerika Latin dan Perancis.

Di Asia, India dan pakistan, perubatan Homeopati turut diamalkan secara meluas kerana ia mampun menyembuhkan penyakit kronik yang sukar dipulehkan melalui perubatan lain atau allopati.

Di Malaysia, homeopati mula diperkenalkan oleh tokoh nasionalis Melayu Dr Buhanuddin Helmy pada tahun 40'an, namun amalannya lebih bersifat kecil-kecilan dan tidak meluas.

Homeopati mula popular dan diterima secara meluas dinegara ini, kira-kira 20 tahun lalu, selepas di kembang dan dimajukan oleh Prof Dr Nik Omar, yang juga merupakan pelupor kolej homeopati disini iaitu Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia.

Semakin ramai masyarakat menunjukkan kecenderungan terhadap kaedah alterntif ini. " Pada masa ini ada 500 pengamal perubatan homeopati bertauliah diseluruh Malaysia, " kata Dr Nik Omar, seorang pakar perubatan ini, yang kini mengeluarkan lebih dari 3000 orang pelajar-pelajar homeopati dari seluruh dunia.

Disebabkan bahan untuk membuat ubat jhomeopati adalah berasaskan herba, ubat homeopati tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.
Keistemewaan

" Ubat homeopati lembut dan mesra alam, ia tidak mempunyai sebarang unsur racun kerana sudah dibuang melalui satu proses yang dinamakan 'potentisation'.

" Tablet yang digunakan diperbuat daripada susu kambing dan glukosa. Jadi, ia manis dan boleh dimakan begitu sahaja seperti gula-gula. Ia tidak pahit seperti ubat biasa yang mengandungi kandungan dadah yang tinggi, " katanya.

Antara penyakit yang serasi dengan perubatan homeopati termasuklah gout, sakit urat saraf, sendi, rheumatism, sakit pinggang, migrin, strok, serta masalah wanita seperti fibroid, barah payu dara dan penaykit kanak-kanak.

Untuk mendapat keterangan lanjut tentang kaedah perubatan ini atau sebarang kursus homeopati , anda bolehlah menghubungi talian hotline Kuala Lumpur 03-4141 7770 atau hotline 018-2888 379

Web http://acumalay.blogspot.com

No comments: