Saturday, August 6, 2011

Afghanistan Dari Kaca Mata Pemerhati Bebas





Kelmarin 5 hb Ogos 31 Askar komando Amerika dan 7 Askar Afghan mati dalam satu bedilan terhadap Kapal Terbang Perang Amerika di Wardak. Sudah beratus-ratus askar bersekutu NATO telah meninggal dunia di Afghanistan dan hampir setiap hari ada saja askar-asakt Amerika mati dibumi Afghanistan.

Pada tahun 1970an saya berlajar perubatan di Pakistan dan diwaktu itu sebagai pelajar luar kami diarah mempelajari ' Pakistani Culture' mengantikan 'Urdu' sebagai mata pelajaran wajib.

Dalam satu buku sejarah Indo-Pak tercatit satu cerita dizaman pemerintahan Inggeris dibumi India dibawah naungan East India Company. Dimana diwaktu itu tahun 1900an pihak British Army telah mengumpul 100,000 bala tentera dari Brigade East India Company untuk menawan bumi Afghanistan.

Dalam Peperangan untuk menawan bumi Afghanistan itu 99,999 orang mati sia-sia dibumi Afghan dan yang hidup dan sempat kembali ke India hanya seorang doktor untuk menceritakan betapa dasyatnya peperangan dengan orang-orang pathan tersebut

Apa tidaknya orang Pathan adalah orang-orang pergunungan dan orang-orang bukit yang hidup dilereng-lereng bukit dan gunung sepanjang jalan dari Pakistan ke Kabul dan Hujung Afghanistan.

Bagi orang 'luar' atau orang asing, amat sukar memerangi orang pathan kerana orang-orang pathan adalah suku kaum pemberani dan amat suka kepada 'mati syahid', kata mereka, jika mati mereka akan masuk syurga.

British telah membuat satu perhitungan silap yang paling besar dalam sejarah, mengorbankan berpuloh ribu tentera British yang rata-rata berketurunan India. Hanya untuk menawan Afghanistan.

Pada tahun 1970an Raja yang memerintah Afghanistan digulingkan oleh tentera dan Afghanistan diganti dengan Republik Islam tetapi condong kepada komunisma. Dikala ini pemerintah Afghanistan membawa bala tentera Russia untuk menawan dan memerintah Afghanistan.

Dikala inilah munculnya kumpulan-kumpulan puak yang dikenali sebagai Mujahideen untuk menentang tentera Russia dan menghapuskan komunisma di Afghanistan. Dalam peprangan inilah Amerika telah melahirkan 'Osama bin Ladin' untuk menjadi pemimpin bagi menentang komunisma di Afghanistan.

Peperangan yang berlarutan berpuloh tahun itu akhirnya mengalahkan tentera Russia yang 'mati katak' dibumi Afghanistan beribu-ribu tentera kominis mati sana dan berbillion dollar dihabiskan. Diwaktu itu tentera Russia harus berdepan dengan Para Pejuang Mujahiddin yang dipimpin oleh pejuang-pejuang seperti Burhanuddin Rabbani, Hikmatiar, Rashid Dustum dan lain-lain dan akhirnya mengakibatkan negara Russia sendiri menjadi muflis dan Pesekutuan Russia berpecah belah.

Kalahnya Russia Mujahideen mengambil alih kuasa dan mereka mula berperang sesama sendiri dan berebut wilayah yang membosankan rakyat jelata, akhirnya puak-puak Pelajar Pondok keturunan Pathan di sempadan Pakistan telah mula melancarkan Jihad terhadap puak-puak Mujahideen yang berpecah-belah.
Akhirnya Pemerintah Mujahideen tumbang dan Taliban mula memerintah secara bermaharajalela.

Amerika telah mengambil kesempatan atas kelemahan pemerintahan Taliban yang dilabelkan oleh Amerika sebagai 'extremis' atau pelampau dan sarang territoris, kata Amerika dan akhirnya menawan Afghanistan hingga kini.

Apakah rationalnya Amerika berada di bumi bergunung ganang dan gersang tersebut melainkan hanya menunggu saat-saat kematian satu demi satu tentera Amerika seperti yang pernah berlaku kepada tentera British dan tentera Russia.

Di zaman kuno ' Alexander The Great pernah sampai ke Afghanistan dengan bala tentera yang besar tetapi terpaksa pulang dengan tangan kosong, kerana dibumi tersebut tidak ada apa-apa yang istimewa. Yang ada hanya gunung ganang dan tanah gersang !

Bagi orang Afghan dan suku kaum primitif ini yang rata-ratanya beragama Islam konservatif, mereka ada hanya satu matlamat iaitu ' Peperangan Suci' mereka ingin sekali ' Berjihad dan Ingin Mati Syahid'

Nah ! kalau sudah ada orang yang berjiwa begini, pecayalah kata saya "bahawa Amerika dan sekutu-sekutunya' akan kalah teruk sepertimana yang berlaku pada tentera British, tentera Russia dan tentera Alexander The Great !!

Dari Wartawan bebas.

Jika umur kita panjang, sama-sama lah kita lihat ramalan saya.

No comments: