Friday, August 5, 2011
Penyakit Yang Tidak Boleh Di Lihat melalui X Ray atau City Scan
Tahukah anda bahawa tidak semua penyakit boleh di kesan oleh sinar X atau alat city scan.
Ramai pesakit yang datang ke kelinik kami dengan berbagai gejala seperti rasa kebas di kaki, kebas di muka, kebas di lengan, rasa sakit urat saraf, tidak boleh tidur malam dan sebagainya.
Namun bila dibuat analisa dengan sinar x atau dengan city scan, tidak nampak apa-apa perbezaan.
Lalu doktor menyatakan 'awak tidak ada penyakit'
Ada seorang hamba Allah yang tidak boleh tidur malam selama 2 bulan, dia asyik pergi hospital membuat rawatan dan setiap kali dia pergi hospital , setiap kali itu pula dia akan bertengkar dengan doktor yang menyatakan dia 'tidak ada penyakit' dan doktor telah memberi MC selama lebih dari 20 hari.
" Awak dah banyak kali ambil MC" awak tak ada penyakit , kata doktor.
" Tuan, saya tidak boleh tidur malam selama lebih dua bulan", tak kan saya menipu, kalau tidak buat apa saya menunggu hingga bejam-jam untuk jumpa doktor," keluh pesakit ini, seorang Guru di sebuah sekolah menengah.
Hakikatnya: Banyak penyakit yang tidak boleh di trace oleh sinar X atau City Scan tetapi boleh dirawat secara homeopati.
Kalau jumpa bomo sudah pasti bomo akan cakap 'terkena buatan orang '
Cuba rawatan homeopati dan cuba rawatan akupunktur, kebiasaannya penyakit ' insomania' cukup berkesan dengan rawatan akupunktur.
Homeopati rawat penyakit dengan berpandukan tanda penyakit atau gejala penyakit.
Homeopati berpendapat jika ada tanda sakit atau simtom, maka ada penyakit, dan pasti ada ubatnya.
Buatlah rawatan sehingga 10 kali- InsyaAllah berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment