Friday, August 5, 2011

Mengikut Kata Ustaz Hal-Hal Di Bawah Ini Berkemungkinan Anda Terkena Sihir - Wallah hu Alam.

Tanda * adalah pandangan Ustaz
Dalam [ ] adalah pandangan doktor.

* Bila dilihat cermina, muka anda tidak kelihatan,
tetapi muka orang anda nampak.
* Selalu mimpi yang menakutkan
[ Gangguan psaikologi ]
*Sakit kepala luar biasa.
[ Pandangan Doktor - mungkin migrin atau ketumbuhan pada otak ]
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
[ Uterine Bleeding ]
*Terasa ada benda yang mengekori.
[ hallucination ]
*Takut tidak bersebab.
[ Fear , Nervous and Anxiety ]
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
[ Sakit Urat saraf ]
*Sesak nafas waktu maghrib.
[ Gejala lemah tenaga hayat ]
*Ragu-ragu tentang iman.
[ Kejiwaan ]
*Pengsan dan sawan tanpa sebab.
[ Lemah Tenaga dalaman ]
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
[ Sakit urat saraf ]
*Sakit tulang empat kerat.
[ Rheumatik ]
*Takut menziarahi jenazah.
[ faktor saikologi ]
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
[ Fromication ]
*Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
[ Gangguan Syaitan ]
*Rasa seperti hampir mati.
[ Gejala menyerupai aconite - Syndrom Swift]
*Nampak bayang-bayang melintas.
[ Hallucination ]
*Sukar lelapkan mata.
[ Insomania ]
*Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
[ Weakness Vital Force ]
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
[ Faktor Saikologi ]
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
[ IBS ]
*Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.
[ Nodules, Sista, Tumor ]

Memang Syaitan itu ada, Iblis itu ada.
Jangan melampau batas Islam dengan membuat tuduhan dan tohmahan kepada setiap orang, setiap penyakit itu TERKENA BUATAN ORANG.

MasyaALlah, pengalaman saya sendiri hampir 'bertetak' dengan ipar beras , kerana orang rumah saya sakit dan 'bomoh' menyatakan isteri saya terkena 'buatan orang' 10 orang bomo menyatakan 10 orang berlainan yang 'buat'. Habis jiran dan anak beranak berkelahi kerana tuduhan ini.

Aduh !! Apakah 10 orang itu jahat semuanya ?

Akhirnya tempias terkena kepada saya sendiri dilarang 'bomo' supaya tidak jumpa isteri selama 2 bulan - gila bomo ini !!

Di Luar sana, saya nasihatkan agar JANGAN MEMBUAT TUDUHAN MELULU, menghancurkan Umat Islam dengan membuat tuduhan Palsu.

Boleh Ikhtiar
Tapi Jangan Membuat Tuduhan Palsu dan Mengarut !
Nauzubillah ! Minat dijauhi Yang Allah.

No comments: