Friday, August 5, 2011
Psorasis Tidak Boleh Berjangkit
Pandangan Perubatan biasa
Psoriasis tidak boleh berjangkit
PSORIASIS bukan penyakit yang boleh berjangkit.
Walaupun ini adalah satu hakikat, kepercayaan bahawa ia boleh merebak dari seorang ke seorang masih berleluasa.
Dan ia juga bukan setakat penyakit kulit luaran saja, sebaliknya adalah penyakit seumur hidup yang boleh membawa kepada ketidakselesaan dan kerisauan sepanjang masa.
Tanggapan salah ini adalah antara mesej yang ingin disebarkan sempena Hari Psoriasis Sedunia yang disambut pada Ahad lalu.
Sempena hari itu, Persatuan Psoriasis Singapura (PAS) dengan syarikat farmasi, Wyeth Pharmaceuticals, telah mengadakan beberapa aktiviti seperti menyediakan 'pokok harapan' bagi pesakit psoriasis dan perkelahan di taman untuk pesakit di pekarangan Kampus Hijau Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Mengenai rawatan pula, walaupun penyakit ini dikatakan tidak boleh disembuhkan, beberapa ubat-ubatan boleh mengurangkan dan hampir menghapuskan kesan-kesannya.
Beberapa rawatan masa kini, meskipun ada yang berkesan, memberikan beberapa kesan sampingan negatif, demikian menurut PAS.
Baru-baru ini, terdapat rawatan baru diberi nama rawatan biologik yang telah mengubah cara rawatan untuk pesakit psoriasis, seperti ubat etanercept, yang telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Julai tahun ini.
Biologik berbeza daripada ubat-ubat lain kerana ia boleh menyekat laluan sistem daya ketahanan tubuh tertentu yang membawa kepada masalah psoriasis.
Keterangan lanjut mengenai psoriasis boleh didapati di laman < www.psoriasis.org.sg >
Rawatan Homeopati
Sungguhpun homeopati mempunyai lebih dari 35 jenis ubat-ubatan untuk penyakit psorasis, namun ianya bergantung kepada keserasian antara ubat homeopati dengan pesakit. Anda yang respon baik dengan ubat homeopati dan ada juga yang tidak respon. Rawatan homeopati biasanya akan memakan masa antara satu hingga 2 tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment