Friday, August 5, 2011
Bomoh
Ingat Ada Dua jenis Bomoh @ Dukun
No.1 - Bomoh Tulin - Bomoh Islam
Yang merawat penyakit sahaja dan berikhtiar untuk menrawat dan menyembuhkan penyakit, sama ada melalui ayat-ayat suci al Qiran atau dengan memberi ubat-ubat herba tulin. Antara Cara yang betul: Solat hajat, baca yassin, baca ayat-ayat suci.
No. 2 - Bomoh Palsu
Bomoh ini bila datang ke rumah, terus dia jampi dan melihat kiri kanan dengan mata yang liar, menacri hantu dan syaitan di keliling rumah. katanya rumah ini keras, rumah ini penuh hantu, harus dibuang hantu dengan buat berbagai kerenah, sampai cari barang-barang dalam tanah di keliling rumah, pasti ada kaca pecah, pasti ada paku karat yang tertinggal sewaktu buat rumah.
Itu yang dijadikan alasan ada orang tanam , ada orang buat.
Yang lebih dasyat lagi: Bomo ini akan tinggal jin dan iblis yang mereka bawa bersama di rumah orang sakit. Sewaktu bomoh ada orang sakit shat. Bila bomo pergi orang sakit akan jadi tenat.
Besok dipanggil lagi bomo dan dia akan 'berubat' hingga 6 kali datang ke rumah, baru selesai.
Dan membuat tuduhan-tuduhan palsu pada ibu mertua kamu, sepupu kamu, ipar beras kamu,adik kamu, anak kamu, anak tiri kamu, semua orang keliling rumah kamu dan bekas isteri kamu manjadi mangsa tohmahan dan tuduhan.
Wahai Orang-Orang Beriman, Wahai Orang islam - Percayalah kepada Tuhan - Allah
Jangan menduakan Allah - Jangan percaya dan berimankan kepada Syaitan dan Iblis.
Satu Cerita benar: Kawan Saya Berubat Dengan Bomoh Di Kelantan.
Emak mentua dia sakit dimabil bomoh datang ke rumah, saya dirumah jam 930 malam bomoh mula berubat dan jampi-jampi , akhir bomoh kata ada orang terdekat dalam rumah 'buat' emak sampai sakit begiri. Semua keluarga dalam rumah melihat antara satu sama lain, sipakah angkara orang buat. Akhirnya tempias terkena kepada menantu yang dibenci mentua.
Menagis menantu ini. Suami menantu ini mula naik angin, kerana dia tahu isteri dia seorang ustazah dan beragama, mana mungkin buat mentua dia.
Jam 11.0 malam siap berubat, hantar pulang bomoh. Si Suami pakat dengan dua lagi adik beradik dia pergi hantar bomoh pulang. Sampai ditengah jalan yang gelap, kereta dihentikan dan ' Suami' tadi berhenti kereta dalam gelap dan bawa keluar parang panjang dan letak parang dileher bomo.
Dia bertanya bomoh " Mu ni Kecek benar ke kecek pelawak ?" Mu royet betul, kalau tidak malam ni , aku sembeleh orang !
Dalam kegelapan dan ketakutan. bomo itu menjawab " Maaf abang ambo cari makan, ambo keno pelawak tadi, ambo tudoh saja-saja. "
Lepas itu, bomoh ini dibawa semula ke rumah untuk ;berubat' sekali lagi emak dia dan bomo itu menyatakan " Penyakit machik ini tidak ada orang buat' memang penyakit mack chik penyakit fisikal, tadi ambo buat silap dengan menyatakan ada orang buat. Ambo minta maaf banyak-banyak "
Sebelum turun rumah, si suami tadi ' Beri penapar sebutir dimuka bomoh ni. !! dan dihantar pulang dengan keaipan !!
Ini bomo menipu !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment