Saturday, September 29, 2007

Kanser Yang Masih Belum Mati

Jika ajal masih belum sampai, pasti ada jalan untuk diselamatkan.

Sekitar tahun 1979 Dr Nik Omar dipanggil kerumah seorang pesakit yang bernama ' En Azman' bersuia sekitar 13 tahun terlantar diatas tilam dirumahnya di Rambutan Rendang. Sebaik saja naik keatas rumah, pesakit terbatuk-batuk dan darah serta cecair keluar dari mulut sekitar setengah cawan. Begitulah kedaan pesakit ini sejak disahkan oleh doktor sebagai ' Barah Paru-Paru'

Keadaan pesakit ibarat seperti orang kebuluran, kurus kering dan menunggu saat kematian. Dikeliling pesakit, keluarga sedang membaca yassin. Harapan sembuh sudajh tidak ada. 6 orang doktor telah pun dijemput kerumah , semuanya menyatakan 'tidak ada harapan hidup' 10 bomoh dipanggil, juga penyakit tidak juga berubah.

Saya teruja inilah kali pertama berjumpa dengan kes seumpama ini yang serius, pada hal saya baru saja menjadi doktor tidak sampai setahun jagung. Bamun atas permintaan orang tua kanak-kanak ini saya gagahi juga memberi ubat-ubat yang sesuai.

Saya masih ingat, jika batuk berdarah ' Phos 30' adalah remedi pertama disusuli dengan 'Ipecac 200' juga menunjukkan gejala muntah berdarah. Saya selang slikan pula dengan Ars Aln 200.
MasyaAllah setelah menerima rawatan saya selama 1 bulan, kanak-kanak ini sembuh dengan jayanya. Inilah dinamakan 'Miracle of Healing Through Homeopathy' yang ditulis oleh Ellis Barker.
Saya telah dapat membuktikannya bahawa ubat homeopati dengan rawatan yang tepat boleh menyembuhkan kanser paru-paru hingga berjaya.
Orang ini masih hidup dan anda boleh ketemunya dikampong beliau.

laman http://http://nikomar.xaper.com

No comments: