Tuesday, March 24, 2009

Apakah Andropos


Apakah itu Andropos?

Andropos juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen di kalangan lelaki berusia) .
Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopos kecuali:
Ia berlaku secara perlahan-lahan
Tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopaus dan penurunan hormon testosteron (hormon estrogen dalam wanita)

Apakah itu hormon testosteron?
Testosteron di hasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan corak kebotakan lelaki.
Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.

Berapa kerapkah andropos berlaku?
Andropos agak kerap berlaku.
Kejadian di kalangan lelaki dianggarkan:
2%-5% semasa berumur 40 - 49
6% - 30% semasa berumur 50 - 59
20% - 45% semasa berumur 60 - 69
34% - 70% semasa berumur 70 - 79
91% bila berumur 80 ke atas

Bagaimana saya tahu saya mengalami andropos?

Andropos menghasilkan berbagai-bagai perubahan pada tubuh lelaki termasuk:
Masalah ketegangan zakar
Nafsu seks rendah
Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemarah
Masalah tidur
Bulu-bulu tubuh berkurang
Saiz dan kekuatan otot berkurang
Peningkatan lemak tubuh
Hilang daya ingatan
Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
Daya tumpuan yang lemah
Tidak semua lelaki mengalami tanda-tanda dan keterukan yang sama, dan setengahnya tidak mempunyai tanda-tanda langsung.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan jika saya ingin mengetahui status saya?
Ujian hormon tetosteron boleh dilakukan di hospital.
Jika paras hormon kurang 200ng/dL lelaki dianggap mempunyai testosteron yang rendah.
Jika paras nya melebihi 600ng/Dl, tiada kekurangan hormon testosteron bolehlah dipastikan.

Apakah terapi gantian hormon?
Andropos boleh dirawat dengan hormon testosteron dalam bentuk:
Pil
Suntikan
Pellet jangka tidak panjang dan pengeluaran ubat secara perlahan
Tampalan
Jeli
Apabila dimulakan, ia perlu diambil seumur hidup.

Apakah penilaian yang perlu dijalankan sebelum memulakan terapi gantian hormon?
Penilaian perlu dilakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon:
Pemeriksaan asas urology
Ujian darah menguji antigen spesifik untuk Prostate (PSA)
Ujian lemak
Ujian fungsi hati
Ujian analisa sel-sel darah/kepekatan darah
Testosteron meransang pembesaran kelenjar prostat dan menerukkan kanser prostat yang telah ada. Oleh itu ujian PSA perlu di lakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon dan 6 bulan selepas itu.

Apakah kesan-kesan sampingan terapi gantian hormon?
Lelaki yang mempunyai kanser payudara dan kanser prostate tidak sesuai untuk terapi gantian hormon kerana testosteron akan menyebabkan kanser. Kanser ini membesar dengan cepat.
Kesan-kesan sampingan lain:
Bengkak kaki, menerukkan tekanan darah tinggi
Masalah hati
Masalah kesuburan- pengeluaran sperma berkurangan
Masalah tidur seperti pernafasan yang berhenti untuk jangkamasa lama semasa tidur
Pembesaran payudara
Peningkatan kepekatan sel darah merah
Saiz prostat semakin membesar

Bagaimanakah keberkesanan terapi gentian hormon?
Terapi gantian hormon testosteron boleh memperbaiki tisu tulang, tisu otot, kekuatan dan ketegangan zakar pada waktu malam .
Tetapi kesan ke atas fungsi seksual dan perasaan masih tidak jelas dan mungkin berguna untuk sesetengah lelaki.

Apa yang akan dilakukan oleh doktor semasa rawatan susulan?
Anda perlu mengikuti rawatan susulan supaya doktor dapat memantau:
Dos tetosteron
Kesan sampingan
Ujian darah berkala

Di manakah khidmat bantuan boleh didapati?
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda andropos, anda boleh berjumpa anggota kesihatan professional (Klinik Kesihatan, klinik LPPKN, klinik Persatuan Perancang Keluarga) untuk nasihat dan pemeriksaan.
Anda mungkin di rujuk ke klinik Urologi jika memerlukan terapi gentian hormon.

Ubat Homeopati
Ubat -ubat homeopati yang boleh digunakan antaranya ialah: Aconite, Pulssatilla, Ac Phos., Nux Vom., Calendula, Damiana, Rus Tox.

http://seks.xaper.com

No comments: