Tuesday, March 24, 2009
Sebab Sebab Kemandulan
Sebahagian dari peserta Conference Homeopathy di Malaysia 2009
Hti P-2000 Dr Nik Omar Homeopathic Threatment of Infertility
.
Berikut adalah kajian-kajian dari dari sudut perubatan homeopati, akupunktur dan komplementari, yang dijalankan di Kelinik Infertiliti, Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, Kelantan yang diketuai oleh Prof Dr Sir Nik Omar bin Haji Nik Daud.
Mengapa dan kenapa seseorang itu mandul.
Mengikut lapuran yang dibuat oleh Badan Kesihatan Dunia - WHO yang menjalankan kajian di negara-negara Sahara - Afrika, telah menunjukkan angka yang agak mengejutkan, dimana disetengah tempat seperti di Sudan dan Cameroon peratus kemandulan atau infertiliti telah mencapai angka 40 % dari jumlah penduduk yang berkahwin. Satu kajian di India pada tahun 1971 didapat 6 - 12 % pasangan yang berkahwin termasuk dalam senarai infertiliti.
Sementara satu lapuran lagi menunjukkan tahap air mani / sperma lelaki dalam alaf baru ini telah menurun keparas 40 % dari jumlah asal sperma manusia sebelum perang dunia ke 2.
Jika keadaan ini berlarutan, maka 100 hingga 200 tahun lagi kemungkinan besar kita akan menghadapi satu krisis baru kemanusiaan, iaitu kepupusan air mani lelaki.
Kemandulan dibagi kepada 4 sebab utama :
· Wanita
· Lelaki
· Lelaki dan Wanita
· Tidak Di Ketahui
Kemandulan Wanita
Banyak sebab-sebab dipihak wanita, antaranya kemungkinan salah satu atau lebih dari faktor-faktor berikut boleh menyebabkan kemandulan wanita.
· Haid tidak teratur
· Tidak ada haid,
· Haid berpanjangan
· Senggugut / sakit waktu haid
· Endometrosis
· Jangkitan kuman / Keputihan
· Ketumbuhan pada rahim / fibroid, polyp, dll
· Hilang Nafsu Seks
· Penyakit kronik
· Terlampau emosi
· Tidak Subur / tidak ada ovum / telur
· Kesan Sampingan Ubat-Ubat Kuat
· Perancang Keluarga Berpanjangan / Jamu-jamu yang keras
· Tersumbat Saluran Fallopian ( Tubal obstruction )
· Gangguan pada hypothalamic-pituitary-ovarian axis
· Kegagalan ovari seperti ovarian dysgenesis
· Penyakit Polycystic pada ovari
· Radangan pada bahagian pelvic
· Sebab psychosomatic menyebabkan gangguan saluran kesuburan
· Kelahiran cacat / congenital abnormalities.
· Kesan dari keguguran
· Kemungkinan disebabkan buat D & C yang berterusan
· Kesan Pembedahan pada Rahim.
· Cecairan yang asam dan kuat dari permukaan servik
· Jarang belaku, penebalan pada bahagian servik / obstruction
· Radangan Faraj / severe vaginitis
· Vigunismus
· Selaput Dara yang masih menebal / tight fourchette
· Gangguan kromoson dan baka pada fetus
· Pembentukan rahim atau uterus yang tidak sempurna
· Kesan sampingan penyakit kelamin, spt gonorrhoea, siflis, dll
Kemandulan Lelaki
Antara sebab-sebab kemandulan dipihak lelaki, kemungkinan salah satu atau lebih dari faktor-faktor berikut, boleh menyebabkan kemandulan lelaki
· Mati Pucuk / impoten
· Zakar tidak kuat
· Zakar tidak upaya masuk ke faraj
· Pancutan airmani Pra Masa
· Hilang Nafsu seks
· Tidak ada benih / azoospermia
· Sperma cair
· Sperma tidak mencukupi ( Normal 100 juta)
· Sperma banyak yang cacat
· Sperma lemah / keletihan
· Sperma cepat mati
· Mengalami Penyakit Kronik seperti diabetes, tuberculosis, AIDS, dll
· Kesan Penyakit Kelamin, siflis atau gonorrhoea
· Usia terlampau tua
· Varicocele yang menyebabkan oligospermia
· Kegagalan testicular kerana infeksi kuman, bakteria atau virus
· Gangguan endokrina seperti adrenogenital.
· Cryptorchidism, kegagalan batu pelir menurun
· Hydrocele kerana infeksi parasit
· Beguk yang serius sewaktu kanak-kanak
· Kerusakan pada saluran ejukasi
· Trauma pembedahan testis, dsb
· Faktor genetik
· Ketagihan arak, dadah, rokok, stress dll
Penyebab Kedua Belah Pihak - Lelaki & Wanita
Ada dikalangan pasangan yang mandul saling tuduh menuduh antara satu sama lain, menyebabkan kemandulan. Pada hal kamandulan disebab kedua pasangan tersebut. Ini mungkin kerana kesalahan teknikal sahaja. Jika pasangan seumpama ini sanggup menemui doktor, besar kemungkinan kemandulan seperti ini dapat diatasi.
Beberapa kemungkinan boleh berlaku, antaranya ialah:
· Kurang pengetahuan tentang persetubuhan
· Menganggap persetubuhan - jijik dan memalukan
· Bersetubuh hanya diwaktu-waktu tertentu sahaja
· Imune system yang tidak kompatibal antara satu sama lain, menyebabkan mani menjadi melekat atau agglutination
· Suami isteri yang tidak mencukupi zat-zat yang diperlukan oleh badan
· Sebab psychogenik, tidak dapat setubuh dengan isteri tetapi dapat pula setubuh dengan perempuan lain, begitu juga sebaliknya.
Tidak Di Ketahui
Ada 20 % dari pasangan yang berkahwin melebihi dari 2 tahun, tetapi masih belum dikurniakan anak. Pada hal pemeriksaan doktor mengesahkan Si - Isteri normal dan Si Sumai juga normal. Tetapi masih kini, asyik menunggu, tidak juga hamil.
Hal ini diluar bidang kuasa manusia, hanya Allah yang mengetahui.
Namun pasangan seumpama ini jika dicuba rawatan kami - HTIP2000, kami yakin berjaya mendapat zuriat, dengan izin Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment