Tuesday, March 24, 2009

Teknik Persetubuhan Yand Di Syurkan Dalam Rawatan HTI P 2000


Hti P-2000 Dr Nik OmarHomeopathic Threatment ofInfertility
.
Kaedah Setubuh

Keupayaan dan kaedah persetubuhan suami isteri amat penting bagi memberi keseronokan dan kesegaran tubuh badan seseorang insan seperti kaedah kata-kata merangsangkan nafsu seks, bermesra, mengusik alat kelamin suami atau isteri, bercumbu-cumbuan, bercium, berkucupan dan berakhir dengan melakukan hubungan seksual yang intim dan penuh dengan keghairahan cinta kasih sayang.

Jangan sekali-kali beranggapan kaedah ini haram. Jangan mengharamkan benda yang halal. Malah Rasulullah sendiri bercumbu-cumbuan sebelum melakukan jimat dengan isterinya.

Jika anda benar menghayati erti kasih sayang suami isteri, maka bercumbu-cumbuan sebelum mengadakan hubungan seksual amat digalakkan dalam Islam.

Merangsangkan Nafsu Seksual
Suami - Isteri Cara Islam

Hampir sebahagian besar organ-organ manusia mempunyai deria rasa yang amat sensitif bagi lelaki dan wanita untuk menaikan nafsu syahwat masing-masing seperti gesel-geseran badan, raba dibahagian paha, punggung, buah dada, puting susu, leher, , telinga, kening, kaki, betis dan hampir seluruh tempat-tempat lain dibadan.

Bila dua insan lelaki dan wanita bersentuhan, maka secara spontan, mengikut fitrah alam semulajadi, makan keghairahan segera akan timbul.

Bila kemuncak keghairahan, dimana zakar telah tegang sepenuhnya dan si wanita telah bersedia dengan keghairahannya dan setelah dipersetujui makan zakar dimasukkan kedalam faraj secara pelahan-lahan dan cermat agar tidak menimbulkan kesakitan pada wanita.

Sekiranya faraj wanita kekeringan, maka gunakan sedikit air liur, disapu pada kepala zakar dan dimasukkan pelahan-lahan dan sopan. Jika persetubuhan memuncak, dinding-dinding otot-otot faraj dan rahim wanita akan berkembang dan mengucup sewaktu zakar berada didalam faraj.

Sebaik mungkin sewaktu melakukan hubungan seksual, pihak suami harus menarik dan menusuk zakar berulang-ulang kali sehingga si-isteri merasa puas dalam persetubuhan. Pastikan juga geseran zakar anda sewaktu tarik masuk zakar itu harus terkena pada klitoris. Ini akan memberi keghairahan yang memuncak dipihak wanita.

Jika anda tidak gopoh dan tidak gelujoh dalam persetubuhan, anda berdua akan merasakan suatu nikmat persetubuhan yang tidak terhingga yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada ummatnya.

Ingat ! Persetubuhan yang gopoh-gapah, gelujoh pasti akan kecewa kerana air mani akan cepat terpancut - pramasa. Ia akan mengecewakan anda dan juga pasangan anda. Tidak mustahil keretakan rumah-tangga juga disebabkan oleh tidak puasnya seks diatas ranjang.

Hubungan Seksual

Dalam kajian kami selama 25 tahun ( 1975 - 2001 ) kami dapati ramai dikalangan suami isteri, boleh dikatakan tidak pandai berasmara atau lebih tepat dikatakan 'Jahil Seks'. Antaranya ialah:

Kesalahan dipihak Lelaki - Suami

· Bersetubuh bukan pada waktu subur
· Suami terlampau cepat pancut airmani / pramasa
· Suami terlampau gelujoh ( gopoh-papah)
· Kurang Bersetubuh ( Malas )
· Melakukan teknik persetubuhan yang salah
· Berputus Asa

Kesalahan di pihak Wanita - Isteri

· Pasif - Malas buat seks
· Frigiditi - Kurang Nafsu Seks
· Tidak ada mood
· Tidak pandai menggoda suami
· Asyik bertengkar dengan suami (nafsu akan padam)
· Faraj / vagina tidak bersih, berbau ( hilang nafsu seks suami)
· Terlampau banyak keputihan atau cairan
· Faraj longgar dan tidak sedap ( tidak ada cengkaman)





Apa Yang Wajib di Jaga Oleh Wanita - Isteri


· 30 - 60 minit sebelum setubuh, pergi kencing dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam buku ( dalam asli)

· Setelah setubuh, jangan bergerak atau bangun. Terus tidur atau sekurang-kurangnya baring 30 - 60 minit, untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang terus kehujung fallopian tube.

· Jangan sekali-kali cuci faraj selepas setubuh

Apa Yang Wajib Di Amalkan Oleh Suami Isteri

· Lakukan persetubuhan sekerap mungkin

· Lakukan persetubuhan pada tarikh subur ( Hari ke 14 )

· Sebelum pancutan airmani, zakar hendaklah betul-betul tegang dan masukkan zakar 'sedalam' mungkin dan pacutlah airmani dengan laju.

· Lakukan seks dengan gaya dan teknik 'deep penetration' antaranya ialah teknik dari belakang, dimana wanita duduk melutut dan lelaki memasukkan zakar dari arah belakang sambil menarik pinggang isteri rapat kearahnya.(Teknik Tok Janggut), Teknik kedua kaki wanita kenkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang terus kefaraj dari arah depan ( Teknik Che Siti Wan Kembang ) , Teknik lapik bantal dibawah punggung perempuan ( Teknik Puteri Saadong) dan lain-lain gaya yang difikirkan zakar dapat menusuk terus rapat ke hujong rahim.


Mana-mana gaya dan teknik yang menyakitkan isteri hendaklah diketepikan dan tukarkan dengan teknik-teknik lain yang sesuai.

· Selepas pancutan airmani, kekalkan zakar kedalam faraj beberapa ketika, sehingga zakar kecut atau sehingga faraj mengecut kembali.


Nasihat ini ditujukan kepada kedua suami isteri:

Kepada Suami: Berikan nafkah batin mu, mengikut lunas-lunas Islam. Biarlah isteri kamu merasa puas atas nikmat dunia yang dikurniakan Allah swt -

Kepada Isteri : Utamakan keinginan seks suami mu sebaik mungkin. Kehendak nafsu suami mu, WAJIB kamu tunaikan walau diatas unta sekali pun - Hadith Rasulullah swt.

Nota: Jika anda mempunyai masalah, kami sedia membantu.

HTI-P2000 ® Dr Nik Omar

Home

No comments: