Tuesday, March 24, 2009

Berita Kesuburan / Infertility News


Dari Hti P-2000 Dr Nik Omar Homeopathic Threatment of Infertility

'Boy' Boleh Kerja Hari Ahad Sahaja

Singapura: -Seorang pesakit kami dari Singapura, bertanya Prof Nik Omar, kenapa 'My husband boy' hanya dapat berkerja pada hari Ahad sahaja, sedangkan hari lain tidak ? Prof Dr Nik menjawab, " Mungkin pada hari Ahad suami anda, relax dan tenang, sedangkan hari- hari lain mungkin dia terlampau sibuk dengan kerjanya.

Seorang diminta, tapi kembar enam yang lahir.

Italy: Seorang ibu di Italy, mahu satu lagi anak untuk menemai anak sulung mereka. Setelah menemui doktor dan memakan pil subur. Puan Carmela diberitahu oleh doktor bahawa bayi dalam kandungannya bukan seorang tetapi enam.
Bila Puan Carmela memberitahu suaminya agak terkejut, tetapi anak sulung saya melompat atas kerusi dan menjerit, " Enam orang adik lelaki dan perempuan, Woo ! seronoknya."

Beribu Janin Beku Akan Dimusnahkan

London: Beribu-ribu janin beku yang tidak dikehendaki di kelinik-kelinik Tabung Uji bayi akan dimusnahkan melalui proses pencairan, mulai minggu depan.
Pihak berkuasa Kesuburan dan Janin Kemanusiaan (HFEA) berkata, dibawah undang-undang sekarang, janin beku yang mengandungi antara empat hingga lapan sel dipersetujui untuk dimusnahkan selepas 5 tahun kecuali jika ibu bapa memberi persetujuan untuk menyimpangnya.
Sebanyak 900 pasangan yang telah menyumbang 3,300 janin tidak dapat dikesan untuk diminta pandangan mereka tentang masa depan anak mereka.

Kembar enam berlainan Ibu

California, USA: Berita mengenai bayi kembar enam mungkin tidak mengejutkan anda, tetapi pernahkah anda dengar bayi kembar enam yang dilahirkan oleh enam ibu tumpang yang berlainan.
Itulah hakikat sebenar yang berlaku kepada pasangan Puan Laura dan Marvin.
Bayi-bayi kembar enam mereka dilahirkan selang seminggu diantara satu sama lain.Yang menariknya mereka dilahirkan oleh ibu tumpang yang berlainan.Dalam erti kata lain,kesemuanya enam wanita yang menjadi ibu tumpang bagi melahirkan keenam-enam bayi tersebut.
"Inilah saat paling gembira dalam hidup saya. Apa yang kami lakukan hanyalah duduk dirumah sambil berehat, makan dan minum.
Saya tidak rasa sakit.Yang kami mahu dengar hanyalah deringan telifon memberitahu berita gembira ini, kata luara ,42.

Menurut Luara, sepanjang bulan mananti saat kelahiran bayi-bayi tersebut dia dan suaminya, marvin duduk menungu deringan telifon.Satu demi satu panggilan diterima memberitahu tentang kelahiran bayi mereka.
"Sejak bertunang kami teringin mempunyai anak sendiri.Apabila berkahwin saya mahu keluarga yang besar. Tetapi setelah berusaya sedaya upaya, saya masih gagal untuk mengandung. Doktor mengesahkan kami tidak akan mempunyai anak kerana saluran peranakan saya tersumbat," kata Luara.

Pada masa yang sama pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan Luara mengandung tetapi sia-sia sahaja.

Memasukkan benih Marvin kedalam rahim Laura.

"Saya telah menjalani lima pembedahan. Doktor Warren Smithson yang melakukan pembedahan yang memasukkan benih Mervin dalam rahim Luara tidak dapat berbuat apa-apa setelah lima cubaan itu gagal.

"Setekah berbincang, Dr.Warren mencadangkan supaya kami mencari ibu tumpang untuk mendapatkan anak. Itulah sahaja jalan yang ada, " cerita Luara.
Dr.Warren memeberi jaminan yang Luara Marvin akan menjadi ibu bapa kandung bayi tersebut.
"Apa yang perlu ialah benih suami saya akan dimasukkan ke dalam rahim wanita terbabit supaya dia mengandung. Setelah berfikir kami mahu lebih dari seorang anak dan doktor itu akhirnya bersetuju kerana faktor usia kami yang semakin lanjut," Kata Luara.
Apabila Luara dan Marvin kembali menemui Dr. Warren mereka bersetuju dengan cara tersebut tetapi bersyarat - mereka mahu enam orang bayi bukannya satu!
Pada mulanya Dr.Warren enggan setuju tetapi akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak tersebut setelah menyedari pasangan suami isteri itu benar-benar serius.

Keluarga Besar

"Pada mulanya saya menyangka mereka hanya main-main.Tepai saya yakin mereka menjadi ibu bapa cemerlang memandangkan Marvin adaslah presiden sebuah firma eksport yang besar. Saya mahu dia mampu mempunyai keluarga besar," Tambah Dr.warren.
Dalam tempoh setahun kemudian telur-telur benih dipindahkan satu demi satu daripada rahim Luara. Ia kemuadian disenyawakan bersama benih Marvin dan dibekukan.
6 wanita bersetuju untuk menjadi Ibu Tumpang dan kerja-kerja memasukkan benih tersebut kedalam rahim ke enam-enam wanita berkenaan selesai dalam masa seminggu.

Sembilan bulan, lahir kembar 6

Sembilan bulan kemudian mereka melahirkan 6 bayi, 2 perempuan dan 4 lelaki. Bayi-bayi tersebut diberi nama Timothy, Chit, Steven, Marvin Jr., Priscilla, dan Susan.
Pada masa ini mereka sedang membesar dan hidup bahagia bersama ibu bapa mereka disebuah rumah mewah di Selatan California.
" Seluruh rumah ini tersasa sangat berseri dengan kehadiran mereka. Kehadiran mereka menjadi penawar dalam hidup kami. Kami berbangga dan terhutang budi kepada kesemua wanita terbabit yang telah memberi kebahagian untuk kami."
" Terima kasih. Tanpa bantaun mereka sudah pasti kami tidak akan mencapai kebahagian yang diidam-idamkan. Kami kini sebuah keluarga bahagia." Ujar Laura gembira. - The Sun.

Kemandulan Lelaki Bertambah Sejak 40 tahun yang silam

Vienna, Virginia: Dr Cecil Jacobson melapurkan satu kajian terhadap Kesuburan lelaki dimana pada tahun 1938 hanya 1 % lelaki mengalami masalah kemandulan. Hari ini masalah lelaki kini bertambah menjadikan kemandulan 8 - 12 % ( pertambahan 15 kali ganda). Mereka ini dianggap ' Functional Sterile' yang mana jumlah bilangan airmani
( sperma counts) dibawah 20 juta per milliliter semen

Banyak Keguguran Berlaku Kerana Bilangan Sperma Rendah

Stockholm, Sweden: Satu kajian yang dilakukan oleh Drs Mirjan Furuhjelm dari Sweden mendapati Wanita-wanita yang sering keguguran terdiri dari suami-suami yang mengalami masalah kekurangan benih sperma. Purata 48 % mani / sperma suami adalah dibawah paras abnormal dimana terdapat 2 kepala , 2 ekor dan kecacatan lainnya
40 % Kemandulan Disebabkan Lelaki

Boston, Massachusetts: Lapuran yang dibuat oleh Dr Pat McShane dari Jabatan Obstetric dan Gynaecology telah mendapati bahawa 40 % kemandulan disebabkan oleh kaum lelaki.
Berita Dari Singapura:
Baru bulan lepas, kita menerima maklumat bahawa Pulau Singapura kini menghadapi masalah keluarga dimana, jumlah penduduknya semkain berkurangan dan kelahiran bayi amat merosot sehingga membimbangkan. Dimana dijangka dalam 50 tahun lagi Singapura akan berkurangan penduduk peri bumi kerana ibu-ibu muda sekarang menghadapi masalah 'ketidak suburan'
Prof Dr Nik Omar mensarankan supaya pasangan suami isteri di Singapura yang masih mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat, dijemput ke Malaysia untuk mengikuti Teknik Mendapatkan Anak Secara Natural melalui kaedah Homeopati yang beliau memperkenalkannya sejak 30 tahun yang silam.
Sila baca laman beliau

No comments: